Tuesday, December 1, 2009

Ciri-Ciri Ahli Neraka

Penyakit hati yang boleh membawa kepada manusia masuk neraka.Boleh dirujuk dalam surah Al-Mukminun.

Orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah orang yang beriman.iaitu:

1) Orang yang beramal soleh:khusyuk dalam solatnya dan hanya ingat kepada Allah, merasakan keagungan Allah dan merasa rendah diri apabila mengadapNya.Di samping melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh.

2)Mereka yang melaksanakan atau yang menunaikan zakat. Di mana orang yang membayar zakat adalah merupakan orang yang mengawal diri kepada cinta hanya kepada kekayaan dan keduniaan semata-mata.orang yang hanya menyintai dunia dan benci kepada mati.

3) Mereka yang berpaling daripada perkara-perkara lagha iaitu perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah.Agar kita tidak rugi,manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara:i)waktu sihat sebelum tiba waktu sakit,ii)masa lapang sebelum tiba waktu sibuk,iii)waktu muda sebelum waktu tua,iv)senang sebelum miskin V)hidup sebelum mati.

4)Orang yang memelihara faraj,alat kemaluan kecuali hanya untuk suami atau isteri,

5)Orang yang menjaga 2 perkara:iaitu AMANAH dan JANJI.Ini kerana tidak beriman seseorang itu jika ia tidak amanah terhadap harta,orang dan sebagainya.Kita harus menjaga amanah,memunaikan janji dan bercakap benar.Kerana orang munafik tempatnya adalah di neraka yang paling dalam sekali.Sekiranya kita berjanji untuk membelikan anak kita sebuah basikal sekalipun dan jika kita tidak tunaikan janji tersebut,itu juga dikira sebagai orang munafik.Orang munafik itu apa? Munafik itu adalah orang yang tidak amanah,tidak tunai janji bila berjanji, berbohong apabila bercakap.

6) Pelihara solat dan jangan sesekali tinggalkan solat.Apabila seseorang itu cukup umur (baligh),waras tidak gila,dia wajib menunaikan solat.Kecuali wanita yang mempunyai keuzuran.Sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja, ia mempunyai ciri-ciri orang yang akan masuk ke neraka. Di samping itu juga jangan hanya solat ikut mood sahaja.Kalau rajin buat,malas tinggal.

sama-samalah kita beramal...jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment